Anda berada di : Laman Utama > Sejarah

Sejarah

Sejarah Kluang

Orang-orang tua di Kluang bersependapat bahawa nama bandar ini terbit daripada nama sejenis mamalia yang terbang di waktu malam mencari buah-buahan, iaitu kluang ataupun Malayan Flying Fox (Fteropus Vampyrus Linnaeus) dianggap sebagai sejenis kelawar yang terbesar di dunia. Ada juga ceruta yang mengisahkan begitu banyak sekali jumlah binatang yang menyerang kebun buah-buahan sehingga terpaksa dipanggil dukum bagi menghalau mereka, tetapi cerita ini tidak dapat disahkan oleh orang-orang lama di sini. Yang jelas sebuah perkampungan bernama Kluang Kampung telah wujud sebelum tahun 1910 berdekatan bandar Kluang ini. Kehadiran kelawar-kelawar besar ini mungkin disebabkan oleh penebangan hutan di tengah-tengah johor bagi tujuan membina jalan kereta api dan juga penempatan di Kluang.


Sejarah GIATMARA Kluang

Rancangan penubuhan Pusat GIATMARA Kluang telah mula diusahakan mulai penghujung tahun 1991. Permohonan menggunakan premis di Bangunan Arked MARA Kluang Johor pada 19 Mei 1992 dengan dikenakan sewa mengikut kadar yang ditetapkan pada masa tersebut. Premis yang dipersetujui ialah Lot 1 & 2, Tingkat 1 dan Lot 3 Tingkat 2 Bangunan Arked MARA Kluang.


Pada ketika ini, pusat ini sedang menjalankan tiga kursus serentak iaitu Fashion and Dressmaking, Pendawai Elektrik dan Teknologi Sistem Komputer.   Seiring dengan perkembangan pesat Daerah Kluang dan perubahan masa, pusat ini menduduki keseluruhan Tingkat 3 dan Lot 8 Tingkat 2 Bangunan Arked MARA Kluang.